MAKLUMAN TERKINI

Jadual roadshow pengarah ke ppd
4 mac 9 pg di manjung dan 2.30 ptg di perak tengah
Harap warga skssmr bersedia pd 4.3.2015

Prasarana

PRASARANA SEKOLAH
BILIK
JUMLAH
1
Kelas (Arus Perdana)
21 Buah
2
Kelas (P.Khas)
6 Buah
3
Pra Sekolah
2 Buah
4
Perpustakaan
1 Buah
5
Makmal Sains
2 Buah
6
Makmal Komputer
Sebuah
7
Pusat Akses
Sebuah
8
Bilik Tayang
Sebuah
9
Bilik Guru
Sebuah
10
Bilik Jqaf
Sebuah
11
Bilik Muzik
Sebuah
12
Bilik Operasi SPBT
Sebuah
13
Bilik Kesihatan
Sebuah
14
Bilik Pemulihan
Sebuah
15
Bilik Kaunseling
Sebuah
16
Bilik Persalinan
Sebuah
17
Bilik Seni Pendidikan Visual
Sebuah
18
Bilik Mesyuarat/Gerakan
Sebuah
19
Bengkel Kemahiran Hidup
Sebuah
20
Surau
Sebuah
21
Pejabat
Sebuah
22
Stor Sukan
Sebuah
24
Stor kokurikulum
Sebuah
25
Koperasi
Sebuah
26
Kantin
Sebuah
27
Dataran kejat
Sebuah

VISI DAN MISI


VISI
”PENDIDIKAN
BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA”


MISI

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI  ASPIRASI NEGARA”
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Kerja-kerja pembinaan Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan dimulakan pada 13.11.1999   di satu tapak berhampiran Taman Samudera, Manjung Raya, 32040 Seri Manjung. Pembinaan sekolah ini adalah berikutan pembangunan yang pesat di kawasan perumahan  seperti  Manjung Point,Taman Desa Bayu dan Venice of Perak. Ini menyebabkan sekolah-sekolah sekitar mengalami kepadatan murid.  Tertubuhnya sekolah ini diharap dapat mengimbangkan kepadatan murid di satu-satu sekolah. Bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan terdiri daripada 3 blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan dua tingkat.

            Bangunan sekolah ini adalah satu-satunya bangunan terbaru di daerah Manjung dengan reka binanya berlainan dengan sekolah-sekolah Rendah yang lain. Bangunan ini mengandungi 11 Bilik Khas (Bilik Kaunseling, Bilik Kemahiran Hidup, 2 Buah Makmal Sains, Bilik Pemulihan Khas, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Komputer, Pusat Akses, Bilik Tayang, Bilik Gerakan) dan 20 bilik darjah yang dilengkapi dengan Surau serta Pusat Sumber. Sekolah ini juga mempunyai 2 buah kelas Prasekolah yang dibuka pada tahun 2003. Di samping itu  sekolah ini turut menyediakan kelas-kelas pendidikan khas bagi anak-anak istimewa sejak awal pembukaan sekolah. Pada tahun 2007 sebuah Pusat Perkhidmatan Daerah Manjung siap dibina. Pusat ini digunapakai untuk 2 buah kelas P&P kanak-kanak istimewa yang bertambah pada setiap tahun.

baru yang canggih ini dengan dibantu oleh tiga Guru Kanan dan 23 orang guru termasuk 2 orang guru Pendidikan Khas serta 2 orang kakitangan bukan guru (PTN9 dan jag  a). Guru Besar kedua Encik Mohd Sharif b. Mohammad yang bertugas pada 7 November 2003 sehingga Disember 2007. Pada Januari tahun 2008, Puan Hajah Hamidah Binti Isa telah diamanahkan sebagai Guru Besar yang mentadbir sekolah ini.

Peningkatan murid-murid sekolah ini dari seramai 1150 orang murid pada tahun 2001 kepada seramai 1650 orang murid pada tahun 2002.  Dengan pertambahan murid yang ramai, sekolah ini  mengadakan P&P dalam dua Sesi iaitu Sesi Pagi dan Petang.  Tahap 1 belajar di Sesi petang dan Tahap 2 belajar di Sesi pagi.

Blok A tingkat atas yang terbakar pada 30/10/2007 telah dibina semula dan bilik komputer mula beroperasi pada awal tahun 2009. Begitu juga fizikal sekolah telah ditambah dengan pembinaan pagar hias di keliling bangunan sekolah.

Pada 13.6.2011, seramai 300 orang murid sekolah ini berpindah ke Sekolah baru SK Seri Samudera maka mula 1.1.2012 Sekolah SK Seri Sitiawan beroperasi 1 sesi sahaja.

Pertukaran setara Guru Besar telah meletakkan kemasukan Pn Hjh Umi Kalthom Bt Abd Rashid sebagai Guru Besar Cemerlang yang keempat di sekolah ini mulai 1 September 2012.

KURSUS PEMBINAAN BLOG SEKOLAH


TARIKH : 24/02/2015
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
LOKASI  : WAR ROOM